Jemputan menjadi juri BAW 2019 Perbincangan_pengguna:PeaceSearcher

Jemputan Bulan Asia Wikipedia

Tahniah PeaceSearcher kerana dinobatkan Duta Asia Wikipedia 2018 edisi bahasa Melayu. Oleh itu, anda dijemput untuk mengadili Bulan Asia Wikipedia 2019 sebagai juri selain mempromosikan BAW!

Anda berpeluang untuk terlibat di sebalik tabir BAW 2019 dengan menentukan sama ada rencana yang diserahkan peserta layak atau tidak.

Sekiranya anda berminat, sila maklumkan kepada saya.

-- TofeikuBincang 03:08, 20 Oktober 2019 (UTC)

Waalaikumussalam. Maaf jika saya mengganggu. Semoga saudara dapat menjawab SPM dengan baik. Melalui menulis di Wikipedia sebenarnya ada memberi sedikit kesan yang baik dalam pembelajaran saya juga semasa saya menduduki SPM 3 tahun lepas. Kalau mahukan petua, boleh saja tanya :) Apa-apa pun, memandangkan sibuk dengan peperiksaan, tugas saudara hanyalah menekan butang "Yes" atau "No" untuk menentukan rencana yang diserahkan itu layak atau tidak melalui alat Fountain. Alat Fountain ini dapat mengesan rencana yang kurang patah perkataan juga dan hal ini akan memudahkan kerja. Selain itu, hanya imbas sekali rencana sama ada ditulis dengan baik atau tidak. Selalunya tidak banyak rencana untuk diadili melainkan sambutan tahun ini menggalakkan. Sebab itu perlu dipromosikan juga. Itu sahajalah tugasnya. Kalau masih berminat, boleh hubungi saya. Selamat maju jaya! -- TofeikuBincang 13:51, 21 Oktober 2019 (UTC)@Tofeiku Kalau begitu, memandangkan tugasan yang diperuntukkan agak mudah, saya boleh uruskan. Tugasan itu nampak tidak memberi kesan signifikan terhadap urusan SPM saya. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 09:45, 22 Oktober 2019 (UTC)Baik! Anda boleh masukkan nama pengguna anda di bahagian Penganjur. Terima kasih! -- TofeikuBincang 01:14, 23 Oktober 2019 (UTC)Pencipta alat Fountain belum memasuki nama anda untuk mengadili menggunakan Fountain. Kalau sudah dimasukkan, nanti saya akan maklumkan. Kalau saya sudah mengadili suatu rencana, anda pun perlu mengadili rencana itu juga untuk kepastian. Tidak semestinya hanya mengadili rencana yang belum diperiksa. Apa-apa pun, semoga maju jaya esok! -- TofeikuBincang 02:11, 3 November 2019 (UTC)@Tofeiku Baiklah kalau begitu, terima kasih! (Sebenarnya, peperiksaan bermula pada lusa, tetapi tidak mengapa, terima kasih untuk itu juga) PEACE SEARCHΞR [Bincang] 03:10, 3 November 2019 (UTC)Anda boleh mula mengadili rencana menggunakan alat Fountain. -- TofeikuBincang 06:42, 6 November 2019 (UTC)

Rujukan

WikiPedia: Perbincangan_pengguna:PeaceSearcher https://www.facebook.com/wikiasianmonth/ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScoZU2jEj... https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdX75AmuQ... https://wikimedia.qualtrics.com/jfe/form/SV_5ABs6W... https://twitter.com/wikiasianmonth https://www.youtube.com/watch?v=qGQtWFP9Cjc https://www.http://wikimediafoundation.org https://meta.wikimedia.org/wiki/Community_Engageme... https://meta.wikimedia.org/wiki/Talk:Community_Eng... https://tools.wmflabs.org/fountain/editathons/asia...